Rumput dah mula panjang & meninggi? Jangan risau! Rumput Rapi Expert bersedia membantu melakukan pemotongan rumput berkualiti premium di sekitar Shah Alam, USJ, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, PJ, Semenyih dan Bangi.
Jaminan Sekata
Siap Sapu & Kumpul
Harga Terus Jujur
Servis Terpantas
Dapatkan sebut harga mudah tanpa borang rumit. Cukup sekadar hantarkan gambar laman rumah anda berserta lokasi kawasan untuk penilaian pantas.
Kami bersedia menerima tempahan di seluruh kawasan perumahan utama berikut dengan jaminan kualiti kerja yang rapi:
Saya menguruskan setiap tugasan secara peribadi bagi menjamin hasil potongan yang terbaik dan memenuhi citarasa tuan/puan.
Setiap rumput berbeza ketinggian potongan yang selamat. Saya memotong mengikut jenis rumput supaya pertumbuhan selepas dipotong sentiasa sihat & tidak botak.
Bahagian tepi longkang, dinding rumah, and tepi pokok hiasan akan dipotong kemas and sekata.
Saya pastikan mesin saya dibersihkan sebelum ke halaman rumah anda. Ini bagi menghalang pemindahan benih rumput liar dari tempat lain.
Kepuasan pelanggan keutamaan saya. Jika anda dapati ada bahagian potongan yang tidak sekata sebaik sahaja siap, beritahu saya dan saya sedia memotongnya semula.
Sebarang perbincangan atau permintaan tambahan di rumah anda boleh diatur secara terus dengan saya sewaktu proses kerja berjalan.
Kualiti rumput karpet dan laman selepas menerima sentuhan daripada Rumput Rapi Expert.
Cow Grass
Dipotong rata dengan ketinggian seragam untuk kemasan hijau yang mendatar kemas.
Philippine/Japanese Grass
Dipotong rata mengikut kesesuaian tinggi rumput.
Tepi & Sapu
Disapu bersih, tiada baki rumput terbiar bertaburan di longkang atau kaki lima.
Kami faham masa anda berharga. Anda cuma perlu klik butang di sebelah, hantar gambar laman serta lokasi kawasan anda, dan kami berikan harga terus.
Klik butang di bawah untuk membuka aplikasi WhatsApp. Cepat, selamat dan mesra pelanggan.
Anggaran Balasan Pantas: < 15 MinitBagaimana kami menguruskan proses pemotongan laman tuan/puan bermula daripada mesej pertama sehingga sisa disapu bersih.
Klik mana-mana butang WhatsApp di laman ini. Tak perlu pening isi borang yang panjang.
Beritahu lokasi dan berikan gambar laman. Saya akan beri anggaran harga terus yang mesra poket.
Saya datang ikut waktu ditetapkan, mula memotong kemas dan sapu sehingga bersih.
Tuan/Puan boleh semak hasil pemotongan. Selepas berpuas hati barulah bayaran dibuat.
Keadaan rumput dan fizikal laman setiap rumah di Shah Alam, Puchong, atau Cyberjaya adalah berbeza. Ada yang mempunyai kontur tanah berbukit, rumput terlalu tebal berselirat, atau banyak pasu bunga hiasan. Menilai menerusi gambar membolehkan saya menawarkan harga servis potong rumput yang paling berpatutan dan jujur tanpa caj tersembunyi.
Ya, untuk setiap tugasan potong rumput di PJ, Bangi mahupun Semenyih, saya akan menyapu bersih, mengumpul dan memasukkan semua sisa pemotongan rumput ke dalam beg plastik hitam yang disediakan.
Boleh sangat. Oleh kerana slot hari Sabtu dan Ahad untuk kawasan Puchong, Subang USJ, & Shah Alam sentiasa penuh dengan cepat, saya amat mengesyorkan tuan/puan untuk membuat tempahan awal menerusi WhatsApp beberapa hari sebelum.